EN  | BM
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Sept 2019
Versi 8.2.2
Seminar Eksklusifkan Dirimu bersama Prof. Adjung Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Tarikh : 12 Feb 2019  Sumber Berita: Corporate Communication
 

Tarikh: 13 Feb 2019

Tempat: Dewan Undangan Negeri Sarawak

Seminar Eksklusifkan Dirimu bersama motivator hebat Prof. Adjung Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah yang juga dikenali sebagai DFMK, bertempat di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Petra Jaya.

Seminar Eksklusifkan Dirimu ini merupakan salah satu usaha jabatan melalui Cawangan Sumber Manusia dengan kerjasama UTMSPACE dalam memperkasakan nilai murni dan berintegriti warga kerja di Jabatan Kerja Raya Sarawak selain sebagai landasan untuk menanam nilai kerohanian dan kesihatan pada setiap warga JKR agak keseimbangan antara kerja dan nilai rohani dapat diamalkan untuk meningkatkan prestasi.

Seramai 130 orang pegawai JKR Sarawak telah dipilih untuk menghadiri program ini.

Turut sama hadir mewakili Pengarah Kerja Raya Sarawak adalah YBhg. Ir. Hj. Junaidi bin Hj. Sahadan, Timbalan Pengarah (Pengurusan Aset), Yang Berusaha Prof Madya Sr. Dr. Zakaria bin Mohd Yusof, Pengarah Pendidikan Berterusan UTMSPACE, Ir. Chai Tse Jin, Timbalan Pengarah (Infrastruktur), En. Stanley Chai Chin Siong, Timbalan Pengarah (Bangunan & Pakar)