Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil

Majlis Pecah Tanah, Projek Jambatan Kuala Kemena, Jepak, Bintulu.
Tarikh : 22 Jul 2019  Sumber Berita: Corporate Communication
 

Tarikh: 22 Julai 2019

Tempat: Bahagian Bintulu

Projek pembinaan jambatan Kuala Kemena empat lorong dua hala menyeberangi Batang Kemena menelan kos sebanyak RM467 juta bakal dibiayai oleh kerajaan Sarawak.

Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Jambatan Kuala Kemena, Jepak Bintulu mengharapkan pembinaan jambatan ini akan memberi suntikan ekonomi dan membuka kawasan baharu di Bintulu dan kawasan sekitarnya.

 

Hadir bersama, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Datuk Amar Dr. James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak, Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi, selaku Pengerusi Pengelola merangkap Menteri Muda Jalan Pesisir Pantai serta menteri-menteri kabinet negeri.

Kontrak pembinaan jambatan bernilai RM467 juta dianugerahkan kepada PPES-CCCC JV dan simbolik penyerahan Surat Setuju Terima Projek oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam majlis petang tadi.

Pembinaan 4 lorong dua hala ini akan merentangi Batang Kemena lengkap dengan "flyover" meliputi lalulintas di persimpangan Jalan Tun Ahmad Zaidi / Jalan Tun Razak / Jalan Abang Galau. Menggunakan Teknologi Cable Stayed Bridge, akan dibina lengkap dengan struktur perparitan, pemasangan lampu jalan dan kelengkapan jalan.

Tempoh siap adalah 48 bulan, jambatan Kuala Kemena Jepak, Bintulu bakal menjadi jambatan ikonik dan mempunyai tarikannya tersendiri.