Director's Speech for JKR Monthly Assembly 29-08-2013
UCAPAN YANG BERBAHAGIA PENGARAH KERJA RAYA SARAWAK DI MAJLIS PERHIMPUNAN JABATAN PADA
29 OGOS 2013
Mukadimaah
Bismillah Irahman Irahim
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH, Salam 1Malaysia, Salam 1JKR kepada tuan-tuan dan puan-puan warga Ibu Pejabat, JKR Bahagian Kuching dan Pejabat Wilayah Selatan yang hadir pada pagi ini dalam perhimpunan bulanan yang mana julung-julung kali pernah kita adakan sejak sekian lama.
Saya memanjat syukur kepada ALLAH SWT kerana memberi peluang untuk dapat kita bersama-sama berkumpul dan menghadirkan diri pada program pagi ini dalam keadaan yang aman dan harmoni dengan cuaca yang mengizinkan serta kesihatan kita yang baik.
Saya amat berbesar hati dan bangga dengan kehadiran semua pegawai serta kakitangan JKR Sarawak ke perhimpunan pagi ini walaupun kita amat sibuk dengan beban tugas yang diamanahkan kepada kita. Sudah pastinya tugas-tugas tersebut kita ingin sempurnakan dengan sebaik mungkin yang boleh. Amanah inilah juga merupakan tanggungjawap yang harus kita laksanakan bagi memastikan kita dapat sama-sama bergerak menuju kearah mencapai matlamat untuk Malaysia menjadi Negara maju menjelang 2020. Tanggungjawap ini juga akan menentukan anak-anak dan cucu-cucu kita dapat merasai nikmat pembangunan hasil daripada usaha bakti yang kita laksanakan sekarang.
Oleh itu maka kita harus bersama-sama beriltizam untuk mencapai kearah itu dengan memastikan transformasi New Face JKR Sarawak akan membuah kejayaan. Insyaallah.
Salutasi
Timbalan-Timbalan Pengarah JKR Sarawak, Penolong-Penolong Pengarah, Pengurus Kawasan, Jurutera-Jurutera Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai-Pegawai serta kakitangan JKR Sarawak dan tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekelian.
Inisiatif BIG HIT 2
Program perhimpunan pagi ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Big Hit 2 yang berlandaskan kepada peningkatan kompetensi dan pengukuhan amalan integriti di kalangan warga kerja JKR Sarawak yang berpaksikan ke arah memupuk tenaga kerja yang beretika dan bermotivasi.
Saya harap, mulai dari perhimpunan kali ini, perhimpunan seterusnya akan menjadi aktiviti bulanan warga JKR Sarawak di setiap peringkat dan saya amat yakin dengan kerjasama serta sokongan yang ditunjukkan pada pagi ini, ianya dapat dijadikan amalan sebagai budaya baru di JKR Sarawak.
Dalam melakukan sesuatu yang baru apa yang amat mustahak adalah titik permulaannya. Dan adalah menjadi kebiasaan bahawa setiap yang baru itu pasti akan mengalami tempoh cabarannya yang tersendiri. Namun apabila ianya sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian kita, maka wujudlah perasaan sayang dan cinta kita ke atas sesuatu yang kita lakukan itu. Belum cuba belum tahu. Belum kenal manakan jatuh cinta, seperti kata perumpamaan.
Perhimpunan bulanan ini juga merupakan salah satu daripada cadangan dalam Cultural Audit atau Odit Budaya yang telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada tahun 2010. Antara lain yang dicadangkan adalah agar perhimpunan di antara wargakerja JKR Sarawak diadakan sekerap yang boleh.
Ini boleh dilaksanakan menerusi perhimpunan bulanan bagi di peringkat Ibu Pejabat dan di peringkat setiap Jurutera Bahagian. Boleh juga dilaksanakan melalui mesyuarat bulanan di peringkat Cawangan, Unit dan Seksyen. Dengan cara ini, bukan sahaja maklumat, penerangan, arahan, peringatan malah berita sensasi juga dapat dikongsi bersama sambil itu dapat beramah mesra dan menyelesaikan masaalah yang ada untuk kebaikkan bersama dan jabatan secara keseluruhannya.
Ia juga menjadi satu cara bagi penyampaian maklumat dan keputusan kepada semua kakitangan secara telus dan terus terang atau dengan secara direct.
Dalam kata lain perhimpunan bulanan dan perjumpaan serta mesyuarat bulanan begin,i secara tidak langsung berfungsi sebagai medium untuk penyebaran maklumat daripada pihak pengurusan atasan terus kepada kakitangan di semua peringkat selain daripada untuk kakitangan dapat kenal secara lebih dekat dengan pihak pengurusan di pelbagai peringkat. Jadi tidak lah lagi terjadi lagi sampai ada operator loji yang tak pernah tengok Jurutera Bahagian dan sebaliknya.
Tuan-tuan dan Puan-puan
Kompetensi dan Integriti
Untuk makluman melalui Cawangan Sumber Manusia JKR Sarawak kini sedang melaksanakan beberapa usaha untuk meningkatkan kompetensi dan integriti warga Jabatan. Salah satu di antaranya adalah pembangunan Competency Inventory Management System atau Sistem Pengurusan Inventori Kompetensi yang mana bertujuan untuk menilai, menyimpan dan mengurus tahap kompetensi untuk semua gred kakitangan dan pegawai daripada Pengurusan dan Professional (P&P) sehingga lah kepada gred Pelaksana.
Melalui program ini, gap atau jurang kompetensi akan dinilai dan diambil kira untuk menentukan latihan yang diperlukan bagi mempertingkatkan tahap kemahiran seseorang pegawai.
Program kompetensi ini penting untuk menentukan perkembangan karier serta pelan penggantian atau continuity plan bagi Jabatan memandangkan dalam empat-lima tahun akan datang banyak diantara pegawai-pegawai peringkat atasan yang akan bersara. Dan pelan penggantian ini amat penting bagi memastikan tugas dan tanggungjawap diserahkan kepada pegawai- pegawai dan kakitanganyang layak serta competent yang akan menggantikan mereka nanti.
Pelan penggantian ini adalah berteraskan latihan dan kursus untuk meningkatkan kecekapan dan menambah pengetahuan bagi memperlengkapkan setiap pegawai untuk tugas dan tanggung jawap pada peringkat atau gred yang lebih tinggi. Latihan berdasarkan kompetensi ini akan meliputi semua peringkat jawatan.
Bagi pegawai-pegawai di peringkat Pengurusan dan Professional (P&P) kursus-kursus di bawah program Kepimpinan Cemerlang atau Leadership Excellence Course akan dilaksanakan untuk mereka sementara untuk kakitangan sokongan 1 dan 2 Kursus Pemantapan Kerjaya akan diadakan untuk setiap mereka.
Sebagai permulaan, seramai 70 Juruteknik Awam Gred J17 akan menghadiri kursus dibawah program Pemantapan Kerjaya tersebut mulai 1 September ini di CMM Semenggok.
Kursus Pemantapan untuk Operator Loji Bekalan Air telah kita adakan sebanyak lima kali pada tahun ini di Loji Rawatan Air Bayong dan kita akan memastikan semua operator loji akan diberi kursus sedemikian dengan mengadakan dua pusat kursus di pusat-pusat rawatan air di Serian dan Niah tidak lama lagi.
Kursus-kursus ini adalah bertujuan untuk memastikan JKR Sarawak mempunyai kakitangan yang berkepakaran tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas mereka. Oleh yang demikian, adalah menjadi matlamat saya untuk melihat JKR Sarawak menjadi pakar rujuk dalam semua bidang yang berkaitan dengan infrastruktur di negeri ini.
Kalau membina jambatan, umpamanya, pakar rujuknya adalah mereka yang di dalam Cawangan Jambatan dan Dermaga. Bila nak buat jalan yang baik, orang akan rujuk kepada pakar kita di Cawangan Jalan, nak buat loji air – ada pakar dalam bidang pemprosesan air di Cawangan Air dan Cawangan Operasi dan Penyelengaraan dan sebagainya.
Oleh itu kita akan menitikberatkan supaya kepakaran yang sedia ada dapat dipertingkatkan melalui latihan dan kursus yang bersesuaian. Adalah amat penting dan kita jadikan wajip bagi semua pegawai dan kakitangan yang diarah menghadiri kursus untuk hadir dengan jayanya dan tidak hanya datang untuk menandatangani buku atau log kehadiran sahaja.
Bagi memastikan bahawa kita amat serius dengan proses pembelajaran ini, kita tidak akan berkompromi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin bagi mereka yang tidak mengambil serius untuk hadir dalam kursus dan latihan yang kita anjurkan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Program Mentor-Mentee dan rakan AKRAB
Program mentor- mentee juga sedang dilaksanakan sebagai penurunan kepakaran dan ilmu daripada orang lama kepada orang baru. Termasuk juga bagi mereka yang ingin mendapatkan nasihat dan tunjuk-ajar daripada pegawai-pegawai yang berpengalaman serta menuntut ilmu daripada mereka yang telah menjadi ‘guru’ atau “sifu” dalam bidang-bidang mereka. Semua pegawai adalah digalakkan untuk memilih mentor bagi mendapat “ diturun ilmu” dan kesinambungan pengetahuan atau mencari mentee bagi meninggalkan ilmu yang mereka ada, menurut bidang kepakaran masing-masing.
Mentor dan mentee ini tidak semestinya terdiri daripada kakitangan atau cawangan yang sama atau tidak semestinya mentor adalah yang grednya lebih tinggi daripada mentee. Operator Loji boleh menjadi mentor kepada Jurutera baru yang mengendalikan Cawangan Air atau Juruteknik J17 yang berpengalaman boleh jadi mentor kepada Penolong Jurutera J29 asalkan seseorang mentor itu mempunyai kepakaran atau pengalaman yang tertentu yang perlu untuk mentee.
Dengan ini saya menyeru agar lebih banyak pegawai daripada pelbagai lapisan menyertai program mentor mentee. Program ini juga akan diambil kira dalam proses assessment atau penilaian dalam pemarkahan bagi proses pelan penggantian. Untuk maklumat lanjut, tuan-tuan dan puan-puan boleh berjumpa dengan pegawai-pegawai dari Bahagian Pembangunan, Cawangan Sumber Manusia.
Program AKRAB, yang merupakan program psikologi dan kaunselling turut juga dilaksanakan di JKR Sarawak. Ianya bertujuan untuk memberi peluang berkaunseling kepada warga JKR yang mempunyai masalah peribadi untuk meluahkan masalah tersebut kepada pegawai AKRAB yang mana terdiri daripada pegawai-pegawai kita sendiri. Pegawai rakan AKRAB ini adalah terdiri daripada mereka yang telah dilatih bagi proses kaunseling oleh JPA dan akan diiktiraf sebagai Pegawai Pembimbing oleh JPA selepas modul kedua dilaksanakan nanti.
Mereka ini adalah rakan tuan-tuan dan puan-puan. Mereka yang mempunyai masaalah atau rungutan dari segi peribadi dan sebaliknya boleh berhubung dengan mereka ini untuk meluahkan apa yang tersurat dihati mahupun yang perlu seseorang untuk mendengar masaalah. Nama mereka ada tersenarai di Cawangan Sumber Manusia. Jangan bimbang tengan kerahsiaaan kerana semua maklumat mahupun luahan hati semasa proses tersebut tersebut adalah SULIT. Hanya rakan AKRAB dan pegawai yang tersebut sahaja yang tahu. Ini saya akan pastikan.
Tujuan lain program AKRAB ini diadakan adalah untuk mengurangkan rasa tekanan di tempat kerja di samping dapat membendung masalah-masaalah dari menjadi lebih teruk dan menjejaskan prestasi pegawai.
Untuk makluman semua, jabatan kita juga telah melaksanakan program integriti di seluruh pejabat bahagian bermula dari tahun 2012 dan akan diteruskan di peringkat cawangan ibu pejabat. Diharapkan dengan adanya program integriti ini semua warga JKR akan dapat melaksanakan kerja masing-masing berpaksikan integriti dan keimanan yang teguh, terhindar dari salah guna kuasa, rasuah, menjaga rahsia/maklumat penting kerajaan, salah guna kedudukan dan kemudahan dan juga menyempurnakan lapan (8) jam bekerja seterusnya menyelesaikan kerja tersebut dengan jayanya.
Dengan berkonsepkan cekap, bersih dan amanah kita berusaha untuk berkhidmat bagi memastikan semua keperluan rakyat dipenuhi. Masalah yang dikeluhkan oleh rakyat seperti air paip yang kotor, jalan yang berlubang pasti dapat diatasi melalui konsep kerja yang sedemikian.
Kita perlu memastikan produk dan servis yang dilaksanakan oleh JKR Sarawak adalah yang setara dengan yang diperingkat Negara maju selaras dengan Visi Kerajaan Negeri Sarawak untuk menjadikan Perkhidmatan Awam Negeri sebagai Perkhidmatan Awam Bertaraf Dunia (World Class Civil Service) yang berteraskan 6 nilai teras utama.
Nilai-nilai tersebut yang tuan-tuan pasti sudah tahu ia itu:
- Professionalisma
- Prihatin dan penyayang (Kind & Caring)
- Semangat berpasukan (Team spirit)
- Inovatif dan kreatif
- Penyegeraan dan pemilikan (Sense of urgency and ownership)
- Berorientasikan hasil (Result oriented)
Tuan-tuan dan puan-puan,
Perhimpunan bulanan seperti ini telah pun dipratik di jabatan tertinggi dalam perkhidmatan awam iaitu Pejabat Perdana Menteri di Wisma Putra dan juga di peringkat negeri iaitu di Jabatan Ketua Menteri di Petra Jaya. Oleh itu, jabatan kita telah mengambil inisiatif untuk mengadakan perhimpunan ini sebagai salah satu alternatif dan platform yang sesuai bagi merapatkan jurang perbezaan di kalangan kakitangan JKR Sarawk dan juga memberi motivasi kepada semua kakitangan awam dan JKR Sarawak khasnya. Dengan memulakan setiap perhimpunan dengan menyanyikan lagu kebangsaan akan menaikkan semangat patriotism pada setiap rakyat Malaysia. Kita sebagai penjawat awam, adalah mustahak dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk bersifat patriotik terhadap negara kita.
Kebetulan pada ketika ini, kita juga dalam menyambut Ulangtahun ke-56 Malaysia Merdeka. Marilah kita berbangga apabila kita melihat Jalur Gemilang yang kita kibarkan kerana jalur–jalur tersebut akan mencerminkan kemuliaan kita sebagai rakyat Malaysia. Negara kita aman dan makmur adalah disebabkan oleh pepaduan dikalangan pelbagai bangsa yang terdapat di Malaysia dan Sarawak khususnya.
Kita telah dipertononton dengan berita di televisyen setiap hari yang dipaparkan dengan kegawatan dan pergolakan yang berlaku di seluruh dunia pada ketika ini. Ketika itulah kita akan menyedari betapa bertuahnya kita semua berada di Malaysia dan menjadi rakyat Malaysia terutamanya. Jadi, janganlah kita mengambil mudah dan kesempatan terhadap keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati sekarang demi kepentingan sendiri. Marilah kita bersama-sama menjaga keamanan dan kemakmuran negara Malaysia tercinta sebagaimana kita membina rumah impian kita dan menjaga ia seperti kita menjaga anak-anak yang kita sayangi, dan Insyallah, kita akan mendapat ketenangan dan kemuliaan selama-lamanya.
Dengan kesempatan pada perhimpunan ini juga , mari kita bersama-sama dengan rasa penuh bangga sebagai rakyat Malaysia mengibar bendera Jalur Gemilang sebagai merayakan sambutan ulangtahun ke 56 Malaysia Merdeka. Akhir sekali saya ucapkan terima kasih diatas kehadiran semua bagi menghadiri perhimpunan bulanan kita yang ulung kalinya diadakan di JKR Sarawak. Salam 1 Malaysia dan selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.
Tidak lupa saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih juga kepada pegawai dan kakitangan Jabatan yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program pada pagi ini terutama kepada Cawangan Sumber Manusia, Cawangan Komunikasi Korporat, Pengerusi dan Jawatankuasa Big Hit 2, Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan, Jurutera Bahagian Kuching dan juga Pengurus Kawasan Selatan serta semua yang telah sama-sama menjayakan program ini.
Memandangkan kita masih berada di bulan Syawal dengan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan memohon maaf sekiranya ada kesilapan terkasar bahasa mahupun tersalah perbuatan. Setiap yang baik itu adalah dari Allah SWT dan yang tak baik itu adalah kesilapan saya sendiri.
Buah Pauh Delima Batu
Anak sembilang di tapak tangan
Biar Teguh Kita Bersatu
Perpecahan dan persengketaan kita elakkan.
Kelat-Kelat si daun keladi
Buah Ara di buat makan
Amalan yang baik serta jati diri
Bersama-sama JKR Sarawak kita majukan.
Wabillahi taufik wasallamualaikum WBT.
Sekian.
