News

 

Groundbreaking Ceremony - Proposed Upgrading and Pavement Improvement/Rehabilitation Works of the Existing Coastal Road from Kampung Triso at CH 0+000 to CH 11+820

Posted on 23 Jan 2025
Source of News: Corporate Communication Branch

image

Majlis Pecah Tanah bagi projek Proposed Upgrading and Pavement Improvement/Rehabilitation Works of the Existing Coastal Road from Kampung Triso at CH 0+000 to CH 11+820, telah berlangsung dengan jayanya hari ini. Projek di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Sarawak ini merupakan sebagai sebahagian daripada usaha strategik memperkukuh rangkaian jalan pesisir negeri. Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Dayang Nooraziah binti Hj Awang Sohor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N28 Lingga. Turut hadir ialah Yang Berhormat Tuan Haji Razaili bin Haji Gapor, ADUN N29 Beting Maro, Yang Berhormat Tuan Mohamad Shafizan Haji Kepli, Ahli Parlimen P.201 Batang Lupar, Puan Josenthiana anak Manggie, Timbalan Pengarah Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat dan Encik Ng Boon Tuan, Jurutera Bahagian, JKR Bahagian Betong.

image

Projek yang dijangka siap pada Disember 2026 ini merupakan sebahagian daripada Projek Jalan Utama Kedua Sarawak. Ia melibatkan kerja-kerja penambahbaikan dan rehabilitasi jalan sepanjang 11.82 km, mengikut piawaian JKR R3 Standard, dari Kampung Triso ke Maludam (CH 11+820). Projek ini bertujuan meningkatkan aksesibiliti dan hubungan antara kawasan Sebuyau dan Pusa, di samping menyokong kelancaran aliran trafik apabila Jambatan Batang Lupar dan Jambatan Batang Saribas siap sepenuhnya. Selaras dengan slogan baharu JKR Sarawak, “We Build For You”, projek ini diharapkan dapat mempercepatkan pembangunan sosioekonomi di kawasan Betong, di samping memperkukuh jaringan infrastruktur negeri.



© Copyright of Public Works Department (PWD) Sarawak
Last Updated On 22 Aug 2025

Operation Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter closed
image Polls
image Announcement